Madani Research

562567783 18538848820042921 3017562102485858969 n

PUTRAJAYA, 2025 – ASEAN – China Art Exchange Exhibition 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan budaya dan seni antara negara-negara ASEAN dan China.

Pameran anjuran Persatuan Promosi Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Madani Research Centre ini menampilkan pelbagai karya seni daripada seniman-seniman terkemuka rantau ASEAN dan China, sekaligus mencerminkan keindahan, kepelbagaian, serta keharmonian budaya serantau.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Kehadiran beliau menyerikan lagi majlis tersebut yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh kenamaan seperti Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Sim Tiak Choo, Presiden Persatuan Promosi Budaya dan Seni Antarabangsa Malaysia, Datin Joelyn Teoh Lay Fung, Konsul Kehormat Republik Chile di Pulau Pinang, serta Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia.

(sumber gambar: Putrajaya International Convention Centre)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *